Header Menu Responsif & Dokumen Edaran
Circular

MAYNEU

Selamat datang ke portal rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja Bukan Eksekutif Malayan Banking Berhad (MAYNEU). Kami adalah suara anda, memperjuangkan hak, kebajikan, dan masa depan anda di Maybank.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang sudah mendaftar. Pintu kami sentiasa terbuka untuk anda yang ingin menjadi sebahagian daripada komuniti hebat ini.

 

Oleh Maybankers, Untuk Maybankers, Demi Maybankers

Bersama MAYNEU. Suara anda didengari. Kami perjuangkan hak, kebajikan dan masa depan anda untuk kerjaya yang lebih baik.

Mengenai Kami

Kesatuan Pekerja-Pekerja Bukan Eksekutif Malayan Banking Berhad (MAYNEU) telah didaftarkan secara rasmi pada 3hb Januari 2025 dengan nombor pendaftaran 1281. Penubuhan kami didorong oleh kesedaran kolektif di kalangan pekerja Maybank tentang keperluan sebuah wadah yang kukuh untuk menjaga kebajikan dan keselamatan pekerjaan.

Program

Inisiatif dan Projek Terkini

Perwakilan Rasmi

Kami bertindak sebagai wakil rasmi dalam perundingan Memorandum Perjanjian dengan pihak pengurusan Maybank

Pembelaan Ahli

Kami komited untuk membela ahli dalam isu disiplin, kebajikan, dan memastikan layanan yang adil di tempat kerja.

Perpaduan & Solidariti

Kami berusaha untuk menggalakkan perpaduan dan solidariti di kalangan semua pekerja bukan eksekutif.

Visi

"Menjadi kesatuan sekerja yang progresif, dan agresif serta berintegriti di dalam membela hak, meningkatkan kebajikan serta memperkukuh perpaduan semua ahli."

Misi

  • Membela hak ahli melalui perundingan yang adil, berkesan dan telus dengan pihak pengurusan.
  • Memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan semua ahli dari segi ekonomi, sosial dan keselamatan pekerjaan.
  • Meningkatkan perpaduan dan solidariti di kalangan ahli di bawah satu kesatuan yang kukuh
  • Mengembangkan pengetahuan tentang hak pekerja melalui latihan, seminar dan program pembangunan diri.
  • Modal insan diperkasa Demi kepentingan bersama pekerja, kepentingan pekerja terpelihara, pekerja dihargai, pekerja tonggak kemajuan dan kebajikan.
  • Memastikan pengurusan kesatuan yang profesional berlandaskan integriti, amanah dan bertanggungjawab.

Perjalanan Kami

R

Pemangkin Perubahan

Maybank Sebagai bank No. 1 di Malaysia, kami percaya pekerja bukan eksekutif berhak menerima gaji dan kemudahan yang setimpal dengan kejayaan syarikat, bukan sekadar setara dengan bank-bank yang lebih kecil.

R

Asas Perundangan

Penubuhan MAYNEU dimungkinkan oleh Akta Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023, yang menyelaraskan undang-undang negara dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) untuk menggalakkan kebebasan berpersatuan.

R

Penubuhan Kami

Susulan perkembangan perundangan ini, sebuah jawatankuasa penaja telah dibentuk pada tahun 2024. Melalui usaha gigih dan sokongan padu, MAYNEU telah berjaya didaftarkan secara rasmi pada 3 Januari 2025.

FAEDAH

Kenapa Anda Perlu Sertai MAYNEU?

Perwakilan Dedikasi

Diuruskan “Oleh Maybankers, Untuk Maybankers”, memastikan wakil anda benar-benar memahami cabaran kerja.

Komuniti yang Bersatu

Menjadi sebahagian daripada rangkaian sokongan yang menggalakkan perpaduan di kalangan rakan sekerja.

Kuasa Perundingan Kolektif

Suara yang kuat dan bersatu dalam rundingan gaji, faedah, dan syarat perkhidmatan.

Ilmu dan Pemerkasaan

Akses kepada latihan dan seminar untuk mendidik anda tentang hak-hak anda sebagai pekerja.

Masa Depan Lebih Baik

Bersama-sama kita membina persekitaran kerja yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Perlindungan di Tempat Kerja

Sokongan padu dalam urusan disiplin dan jaminan anda dilayan secara adil.

Organizational Chart

Organisasi Kami

Kenali pasukan berdedikasi yang memimpin komuniti kami.

Profile Picture

WAN AHMAD NAZRUL BIN WAN NAWI

PRESIDEN

Profile Picture

KAMARUDDIN BIN HAJI SUDIN

NAIB PRESIDEN

Profile Picture

JESNI BIN MAHMOOD

SETIAUSAHA

Profile Picture

MOHD ZAKRI BIN IDRUS

BENDAHARI

Profile Picture

ABDUL MALIK BIN ABDUL RAZAK

PEN. SETIAUSAHA

Profile Picture

AZWAN HAZRULNIZA BIN ABU HANIPAH

PEN. BENDAHARI

MAJLIS JAWATANKUASA KERJA

ISHAMUDIN BIN ISMAIL

AHLI JAWATANKUASA

ABDULLAHSYAM BIN YUNUS

AHLI JAWATANKUASA

FAZLI BIN HAMID

AHLI JAWATANKUASA

MOHD KHAIRUL SHAH BIN ABDUL HALIM

AHLI JAWATANKUASA