MAYNEU memperjuangkan hak, kebajikan dan masa depan pekerja bukan eksekutif Maybank, didaftarkan rasmi 3 Januari 2025 dengan nombor pendaftaran 1281.
Kesatuan Pekerja-Pekerja Bukan Eksekutif Malayan Banking Berhad (MAYNEU) telah didaftarkan secara rasmi pada 3hb Januari 2025 dengan nombor pendaftaran 1281. Penubuhan kami didorong oleh kesedaran kolektif di kalangan pekerja Maybank tentang keperluan sebuah wadah yang kukuh untuk menjaga kebajikan dan keselamatan pekerjaan.
Tiga tunjang utama perjuangan kami setiap hari.
Kami bertindak sebagai wakil rasmi dalam perundingan Memorandum Perjanjian dengan pihak pengurusan Maybank.
Kami komited untuk membela ahli dalam isu disiplin, kebajikan, dan memastikan layanan yang adil di tempat kerja.
Kami berusaha untuk menggalakkan perpaduan dan solidariti di kalangan semua pekerja bukan eksekutif.
Diuruskan "Oleh Maybankers, Untuk Maybankers", memastikan wakil anda memahami cabaran kerja sebenar.
Sebahagian daripada rangkaian sokongan yang menggalakkan perpaduan di kalangan rakan sekerja.
Suara yang kuat dan bersatu dalam rundingan gaji, faedah, dan syarat perkhidmatan.
Akses kepada latihan dan seminar untuk mendidik anda tentang hak-hak sebagai pekerja.
Bersama-sama membina persekitaran kerja yang lebih baik untuk generasi akan datang.
Sokongan padu dalam urusan disiplin dan jaminan layanan yang adil.
"Menjadi kesatuan sekerja yang progresif, dan agresif serta berintegriti di dalam membela hak, meningkatkan kebajikan serta memperkukuh perpaduan semua ahli."
Sebagai bank No. 1 di Malaysia, kami percaya pekerja bukan eksekutif berhak menerima gaji dan kemudahan yang setimpal dengan kejayaan syarikat.
Penubuhan MAYNEU dimungkinkan oleh Akta Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023, menyelaraskan undang-undang negara dengan Konvensyen ILO.
Susulan perkembangan perundangan ini, sebuah jawatankuasa penaja dibentuk pada 2024. MAYNEU berjaya didaftarkan secara rasmi pada 3 Januari 2025.
Jadilah sebahagian daripada komuniti eksklusif MAYNEU hari ini.
Daftar Segera